19 February 2021

SYANIE SELAMAT BERNIKAH KALI KETIGA - KESUNGGUHAN SUAMI PIKAT HATINYA



Alhamdulillah... tahniah kami ucapkan kepada pelakon dan pelawak, Syanie Hisham, 47, apabila dia kini telah pun selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hati, Zahiril Hafiz Mohammed Nor, 41, di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan kira-kira jam 9 pagi tadi, selepas setahun berkenalan.

Dalam majlis serba ringkas mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan, hanya mas kahwin diberikan dan tiada wang hantaran seperti disediakan. Majlis akad nikah disaksikan bapa, adik perempuan Syanie dan abang pengantin lelaki.

"Tiada wang hantaran disediakan. Sebaliknya, mas kahwin dalam bentuk gelang emas. Syanie hanya menyarungkan cincin ke jari manis suami sebagai tanda termeterai ikatan. Alhamdulillah, majlis berlangsung sempurna seadanya," katanya.

Syanie memberitahu dia dan suaminya yang merupakan perunding kewangan berhasrat untuk mengadakan majlis pada Ahad ini namun terpaksa ditunda susulan PKP.

Klik untuk gambar besar



"Dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kami terpaksa menunda majlis resepsi. Mungkin bulan hadapan kami anjurkan," jelas Syanie yang juga merupakan ahli perniagaan.

Syanie yang sudah dua kali berdepan kegagalan rumah tangga itu akui bukan mudah untuk membuka hati menerima lamaran hati, namun kesungguhan suami memikat hatinya.

Syanie berkata, Jun tahun lalu, Zahril menyuarakan isi hati kepada ibu yang juga penerbit filem, Ruhanie Abd Rahman, untuk memperisterikannya.

"Namun, kejujuran dan keikhlasan Zahiril membuka hati saya untuk kembali menikmati kemanisan ini. Jika diikutkan, Zahiril mula mendekati saya sejak tiga tahun lalu.



"Ketika itu, saya fikir, belum masanya mencari pengganti. Pengajaran lalu mematangkan saya. Namun, sejak setahun lalu, dia bersungguh-sungguh mahu 'memancing' saya," ujarnya.

"Sikap budiman Zahril menjadi antara sebab hati saya tersentuh. Dia lelaki pertama berani beritahu ibu dia mahu berkahwin dengan saya," ujarnya.

Syanie yang hidup solo lima tahun itu mengaku Zahril berstatus duda namun tidak memiliki anak: "Mungkin masing-masing tahu kehidupan lampau, jadi kami mudah serasi atau 'klik'," tuturnya.

Untuk makluman, Syanie yang pernah menyertai musim kedua program realiti, MasterChef Selebriti itu pernah berkahwin pada 1996 dan bercerai pada 2002. Manakala perkahwinan kedua pula pada 2014, namun berpisah dua tahun kemudian.







www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian, Instagram TheLane.my & #shzhmn

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: