23 February 2021

TAKUT JARUM, RELA KULIT 'TAN' - AYU DAMIT AKUI RM10K SEBULAN DEMI KECANTIKAN



"Sebagai artis memang perlu jaga kesihatan dan kecantikan... selain persembahan pentas, saya juga agak sibuk dengan aktiviti di ladang yang memerlukan tenaga dan terdedah dengan sinaran matahari, sebab itu perlu ambil berat tentang penampilan.

"Kalau ikutkan sebulan lebih RM10,000 untuk rawatan muka termasuklah rawatan pelangsingan badan, jamu, vitamin dan sebagainya. Itu termasuklah nilai tajaan daripada beberapa pusat kecantikan, Alhamdulillah.

"Kalau nak tahu saya takut jarum, jadi tak berani nak ubah apa-apa pada bahagian badan. Malah, saya tak kisah bayar mahal dan perlu tunggu lama untuk dapatkan hasil terbaik, asalkan produk yang diguna tak berbahaya," kata penyanyi Ayu Damit.

Klik untuk gambar besar



Ayu atau nama sebenar Norayu Damit, 32, memberitahu dia tidak kedekut mengeluarkan belanja besar bagi mengekalkan kecantikan dalaman dan luaran tubuh. Menurut Ayu, dia memperuntukkan belanja lebih RM10,000 sebulan bagi penjagaan diri daripada hujung rambut hingga kaki.

Sementara itu, bekas peserta program Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) ini berkata dia tidak berminat untuk mendapatkan kulit putih seperti segelintir wanita yang lain. Sebaliknya, ibu kepada tiga anak ini bersyukur kerana memiliki kulit wajah yang sihat tanpa sebarang masalah.


"Saya buat rawatan wajah di klinik pun sebab nak dapat kulit sihat bukan nak mengubah apa-apa... itu pun saya dapatkan kebenaran suami terlebih dahulu.

"Nak cucuk atau suntik muka pun saya tak berani sangat, sekadar buat rawatan supaya kulit bersih sahaja. Saya amalkan vitamin C dan makanan tambahan... saya tak nak kulit putih.

"Biarlah kulit tan macam ni sebab memang daripada dahulu warna kulit saya begini, jadi tak mahulah ubah sampai jadi rupa orang lain pula! Saya yakin dengan warna kulit ini kerana bagi saya kecantikan itu subjektif," ujarnya.


www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Ayu Damit

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: