15 March 2021

ADAKAN MAJLIS AQIQAH - NETIZEN TERPUKAU DENGAN ANAK RIZMAN NORDIN



Baru-baru ini, pereka fesyen terkenal iaitu Rizman Nordin dan isterinya, Nurida Suraya telah mengadakan aqiqah untuk puteri sulung mereka, Rizqaa.

Rizman telah berkongsi foto sekitar majlis tersebut menerusi laman Instagram miliknya untuk tatapan umum. Selain majlis aqiqah, Rizman turut mengadakan majlis tahlil untuk arwah bapanya.

Pada majlis yang berlangsung pada Ahad, Rizqaa kelihatan comel memakai baju kurung berwarna putih dan merah jambu, sedondon dengan ibunya.

Sementara itu, di ruangan komen, rakan selebriti dan wargamaya memberikan pujian terhadap keluarga kecil ini yang kelihatan cukup cantik.

Klik untuk gambar besar



"Beautiful family," tulis penyanyi Anuar Zain. - "Macam doll tau Rizqaa ni, cantik bentuk kejadian," puji seorang wargamaya.

"Gerak la tengok Rizqaa ni," ujar seorang wargamaya - "Comel sangat yang kat tengah tu," komen seorang wargamaya. - "Subhanallah, tak puas memandang si comel Rizqaa," kata seorang wargamaya lagi.

Untuk makluman, Rizman, 37, dan Nurida. 32, mendirikan rumah tangga pada 13 September 2019, di GlassHouse, Seputeh, Kuala Lumpur. Pasangan ini bahagia dikurniakan Rizqaa pada 2 September 2020.












www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Rizman Nordin

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: