26 March 2021

"AKHIRNYA, RASA SANGAT TENANG & LENGKAP" - AMEERA KHAN SUDAH BERHIJAB?



Ketika ini ramai pihak menantikan detik majlis pernikahan selebriti terkenal Noor Neelofa dengan PU Riz yang jangka tidak lama lagi. Namun terkini, adik kepad Neelofa iaitu Ameera Khan pula yang menjadi bualan ramai.

Ini kerana Ameera mengejutkan netizen apabila memuat naik gambarnya memakai hijab menerusi laman Instagram. Menerusi entri itu, Ameera turut sertakan kapsyen "Hari pertama perjalanan baru". Perkongsian itu sekaligus mengundang tanda tanya adakah Ameera sudah berhijab.

Dalam pada itu, menerusi Insta Story Ameera turut memuat naik gambar sama serta status meluahkan rasa tenang: "Akhirnya, rasa sangat tenang dan lengkap. Alhamdulillah," tulisnya.

Diruangan komen, kakak kepada Ameera iaitu Athisha Khan turut meninggalkan komen meluahkan rasa syukur. Dalam pada itu, ramai yang turut menzahirkan rasa syukur dan memuji penampilan terbaru Ameera serta mendoakan agar gadis itu terus istiqamah.

Klik untuk gambar besar






www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Instagram Ameera Khan

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: