03 March 2021

AL-FATIHAH - NENEK SARAH HILDEBRAND KEMBALI KE RAHMATULLAH



Menerusi laman Instagram, pelakon dan pengacara Sarah Hildebrand telah berkongsi berita duka dimana nenek kesayangannya, Doyah Pin telah menghembuskan nafas terakhir, kelmarin.

"Dengan penuh rasa duka, saya ingin memaklumkan bahawa nenek (digelar atuk) kesayangan saya, Doyah Pin telah meninggal dunia. I love you Atuk, Al-Fatihah," tulisnya.

Perkongsian sedih itu turut mendapat perhatian peminat serta rakan artis yang rata-rata mengucapkan takziah menerusi ruangan komen.

Klik untuk gambar besar



Manakala menerusi Instagram Story, Sarah memaklumkan segala urusan penghantaran barang kepada pelanggan akan ditangguhkan seketika disebabkan oleh kehilangan insan tersayang itu.

Takziah diucapkan buat Sarah Hildebrand sekeluarga di atas kehilangan nenda tercinta. Al-Fatihah.




www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara & Instagram Sarah Hildebrand

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: