04 March 2021

BILA SAJAT TERIMA UGUTAN BUNUH DEK ISU MAHU 'MURTAD'



Nampaknya sehingga kini, isu usahawan kosmetik Sajat atau Muhammad Sajjad yang didakwa seolah mahu keluar dari agama Islam itu masih belum reda lagi.

Susulan kontroversi hangat tersebut, Sajat telah menerima komen berbaur ugutan bunuh oleh segelintir netizen. Bagaimanapun, ada juga yang mempertahankan Sajat apabila tidak bersetuju dengan tindakan segelintir netizen yang suka menjatuhkan hukum sesuka hati.

"Gila betul orang bangga komen nak bunuh Sajat. Tidak siuman kalau anda rela untuk membunuh seseorang kerana agama. Pergi baca balik kitab, sebab tiada langsung hukuman bunuh disebabkan apostasi (keingkaran terhadap agama)," tulis seorang netizen.

Terdahulu, kecoh mengenai satu video memaparkan usahawa kosmetik itu seolah memberi gambaran mahu keluar daripada agama Islam. Sajat mendakwa apa yang berlaku terhadapnya membuatkan dia berfikir untuk berniat menukar agama.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber: Kosmo

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: