04 March 2021

ROSLAN SHAH: "MANUSIA PALING BODOH BUANG ISLAM... LAGI-LAGI SUDAH PERGI UMRAH"



"Maaf kata ya.... Walaupun kita jahat mana pun kita tetap ISLAM. Kita jangan buang ISLAM. Manusia paling bodoh yang buang ISLAM... lagi-lagi orang yang sudah pergi umrah Tanah Suci.

"Semua manusia mati itu pasti dan dari situ kita akan tahu di mana mati kita ke syurga atau neraka dan bukan manusia yang nilaikan... Allah yang menentukan kita nanti. Amin," demikian tulis pada hantaran gambar yang dimuat naik oleh pengacara Roslan Shah menerusi akaun Instagram miliknya.

Melalui hantarannya itu, Roslan menganggap mereka yang meninggalkan agama Islam semata-mata kerana tekanan diterima oleh manusia lain boleh disifatkan sebagai suatu tindakan yang sangat kurang bijak.

Klik untuk gambar besar



Manakala di bahagian kapsyen pula, Roslan turut ada menitipkan sedikit nasihat serta peringatan buat seluruh masyarakat khususnya yang beragama Islam untuk sentiasa berpegang teguh dengan ajaran Islam meskipun sering diuji dengan pelbagai dugaan dan masalah.

Ujar Roslan lagi, segala perbuatan dan tindak tanduk yang dilakukan atas muka bumi ini pasti akan mendapat ganjaran dan pembalasan daripada Allah S.W.T sama ada cepat atau lambat.

Dalam pada itu, Roslan sempat mendoakan yang terbaik buat mereka di luar sana agar sentiasa diberikan kekuatan untuk menempuh apa sahaja cabaran dan dugaan yang diberikan.


"Walau Jahat Bagaimanapun Kita tetap ISLAM. Kerana Manusia Kita Nak Buang ISLAM. Itulah Manusia yang paling Bodoh dan di Hina lagi Dari Allah. Karma tak Cepat atau lambat Allah Kasi. Jangan fikirkan paling orang lain. Dari atas Allah boleh jatuhkan Kita sampai ke Bawah Kita tidak Tahu nanti.

"Please Jangan Buang ISLAM. Sama Sama Kita doakan yang terbaik untuk mereka dan Diri kita sendiri ya. Jauhkanlah Syaitan Iblis menghasut Kita suruh tinggalkan ISLAM ya. Amin. Kita kena Ada pendirian Kita sebagai orang Islam Bukan kerana orang atau pun Sesiapa Saja. Takut nanti Diri Kita boleh memakan Diri sendiri dan Allah Kasi Karma kepada Kita. Auzubillahminzalik," katanya.

Meninjau pada bahagian ruangan komen, rata-rata pengikut serta peminat pengacara terkenal itu turut menzahirkan rasa yang sama selain menyifatkan agama Islam sebagai agama yang sangat indah.


www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara & Instagram Roslan Shah

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: