04 March 2021

HADIR SESI USRAH BERSAMA - NOOR NABILA & ENGKU EMRAN SUDAH BERTUNANG?



Baru-baru ini tular sebuah video di media sosial di mana terlihat susuk tubuh Engku Emran sedang berada di kediaman Noor Nabila yang difahamkan sedang mengadakan sesi usrah bersama Ustaz Wadi.

Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba kakak kepada selebriti terkenal, Noor Neelofa mengundang teka-teki apabila didakwa menjalin hubungan istimewa bersama Engku Emran.

Malah, bapa kepada seorang cahaya mata, Engku Aleesya itu juga dilihat menikmati hidangan makan malam bersama ahli keluarga Nabila selepas sesi ceramah tersebut berakhir.

Perkara tersebut menguatkan lagi spekulasi mengenai hubungan istimewa antara mereka. Tangkap layar dipercayai Engku Emran sedang menikmati makan malam di kediaman Noor Nabila baru-baru ini.

Klik untuk gambar besar



Malah, tajuk di Cari Forum juga mendakwa Nabila sudah bertunang dengan Engku Emran dan tertanya-tanya siapakah yang akan berkahwin dahulu, adakah Nabila atau adiknya.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sejauh mana dakwaan tersebut. Namun netizen mengatakan mungkin Engku Emran hadir ke rumah Nabila sekadar jemputan sahaja.

Malah, ada juga netizen berpendapat hubungan Nabila dengan bekas suami pelakon dan penyanyi Erra Fazira dan juga pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella, sekadar teman rapat kerana sering melakukan aktiviti berbasikal bersama.



Namun, sehingga hari ini, hubungan mereka masih menjadi tanda tanya dan tiada sebarang pengesahan dikeluarkan oleh pihak mereka tentang dakwaan tersebut.

Terdahulu, Nabila telah sah bercerai dengan pelakon Sharnaaz Ahmad pada Julai tahun lalu selepas hampir setahun berdepan kemelut rumah tangga. Pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki bernama Jebat Jayden Ahmad.

Manakala, Engku Emran pula mempunyai seorang anak perempuan, Engku Aleesya hasil perkahwinannya dengan Erra. Selepas bercerai dengan Erra, Engku Emran kemudian bernikah pula dengan Laudya sebelum sah bercerai pada Julai tahun lalu, selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.






www.myartis.com / Sumber & foto: Kosmo, Rotikaya, Beautifulnara & Instagram Noor Nabila

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: