31 March 2021

DAKWAAN HAMIL - INI JAWAB ELLY MAZLEIN



"Doakan yang baik-baik, sekiranya ada berita yang baik dan 'confirm' saya berbadan dua, saya akan bagitahu apa sahaja perkembangan mengenai diri ini. Sesuatu yang baik dan bahagia ini... semua tahu saya tidak berahsia mengenai kisah peribadi saya. Cuma saya mohon untuk diberikan masa.

"Suami pun sentiasa menunggu (cahaya mata). Bila sudah sampai, memang akan beritahu dan saya cuba untuk berlaku adil dengan berkongsikan ia di media sosial. Tapi buat masa sekarang ini belum lagi.

"Harapan saya memang sangat besar," demikianlah kata penyanyi, pelakon dan pengacara Elly Mazlein yang menjawab segala persoalan orang ramai mengenai dia kini sudah berbadan dua selepas foto serta video menunjukkan seolah 'baby bump'.

Elly Mazlein atau mesra disapa Kak Lina Pom Pom itu nampaknya masih berteka-teki mengenai telahan orang ramai. Pengacara program Muzikal Lawak Superstar musim kedua (MLS2) itu mengakui suaminya, Mohamad Azlan Che Noh juga menanti-nantikan sekiranya dikurniakan rezeki zuriat pertama mereka.

Klik untuk gambar besar



Menurut Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 41, dia juga tidak berniat untuk berahsia sebaliknya berjanji akan mengumumkan di platform media sosial sekiranya benar dia sedang hamil. Dia pada masa sama turut meminta ramai agar mendoakan yang baik-baik.

Ditanya mengenai reaksi puteri tunggalnya, Putri Sara Sephia yang kini mencecah usia 5 tahun, penyanyi 'Dusta Cinta' itu tidak menafikan pertamat hatinya itu juga sudah menanti adik buat sekian lama.

"Sefhia sejak dulu lagi sudah bertanya mengenai adik. Kita cubalah tengok macam mana Allah SWT aturkan, buka lembaran baharu. Saya mohon... Saya tahu ramai yang sayangkan saya dan sentiasa mendoakan yang baik-baik. Nak tengok anak bersama suami dan Sefhia punyai adik. Saya pun mahu, siapa yang tak nak kan? Doa-doakan," pintanya lagi.



Sebelum ini, tular spekulasi Elly kini sedang hamil selepas sebuah video TikTok Suria FM menampakkan seolah-olah kelihatan 'baby bump' penyanyi tersebut. Malah sebelum ini menerusi Muzikal Lawak Superstar 2, Elly dikatakan kerap memegang perutnya saat mengendalikan program tersebut.

Untuk makluman, Elly berkahwin dengan Muhammad Azlan Che Nuh, 31, pada 18 Januari tahun lalu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Elly sebelum ini pernah berkahwin dengan pengarah drama Azmi Hatta pada 9 November 2014 sebelum bercerai pada 15 Oktober 2015. Hasil perkahwinan itu, bintang tersebut dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Sara Sefhia yang kini berusia lima tahun.









www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Elly Mazlein

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: