31 March 2021

TERIMA BANYAK MESEJ - NIEZAM ZAIDI DITUDUH PUNCA NONNY 'BERUBAH'



"Selepas isu itu menjadi tular, saya terima banyak mesej daripada netizen di laman sosial. Ada yang meminta saya untuk kahwin dengan Nonny sebab katanya saya saja boleh mengubah Nonny.

"Tapi ada juga yang kecam dan kata saya adalah punca perubahan tersebut. Sebab itu juga saya ada muat naik status berkenaan isu tersebut selepas terima macam-macam mesej.

"Apa-apa pun, pesanan untuk yang kecam dan mesej saya... terima kasih banyak. Saya minta maaf sebab saya tak ada hak ke atas Nonny dan dia juga tak ada hak ke atas saya.

"Tapi saya ada hak untuk mendoakan baik-baik untuk semua orang," kata aktor Niezam Zaidi yang mendedahkan dia menerima banyak mesej daripada netizen di laman sosial selepas berita perubahan penampilan bekas kekasihnya, aktres Nonny Nadirah yang dikatakan semakin seksi baru-baru ini.

Klik untuk gambar besar



Dalam mesej tersebut, ada netizen mengatakan Niezam atau nama sebenarnya Mohd Niezam Mohd Zaidi mampu mengubah Nonny ke arah yang lebih baik dengan menikahi aktres tersebut.

Namun ada juga segelintir netizen yang menuduh pelakon berusia 29 tahun itu sebagai punca Nonny atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin berubah seperti itu.

Sebelum ini, perkongsian Nonny yang berpakaian seksi di Instagram mengejutkan ramai termasuk rakan baiknya iaitu penyanyi Mila Jirin.

Niezam juga dilihat memuat naik status mengatakan dia yakin bahawa Nonny seorang yang kuat untuk menghadapi ujian dan turut menitip doa agar bekas kekasihnya itu serta keluarga sentiasa dilindungi Allah.



Bagaimanapun selang sehari selepas itu, Nonny yang berusia 31 tahun itu memadam foto tersebut dan membiarkan akaun Instagram miliknya tanpa sebarang perkongsian.

Dalam pada itu, pelakon filem 'M4M4' ini enggan mengulas lebih lanjut kerana menganggap isu yang melibatkan Nonny adalah ujian. Biarpun sudah hampir tiga bulan terputus hubungan, namun pelakon drama 'Cindai' ini akan sentiasa mendoakan yang terbaik buat Nonny.

"Bagi saya, apa yang berlaku itu adalah ujian untuk saya dan semua orang. Saya tak nak komen lebih sebab saya sendiri tak pasti perkongsian itu sememangnya dia atau tidak. Sebagai manusia, saya tak ada hak nak nilai orang lain.



"Saya hanya mendoakan yang terbaik sebab saya tak percaya itu dia... Allah lebih mengetahui. Di akhir zaman ini, macam-macam fitnah boleh berlaku. Sebenarnya saya sendiri sudah lama tak berhubung dengan Nonny.

"Kali terakhir kami berhubung pada 16 Januari lalu dan saya pun tak tahu dia sudah pulang ke Sabah. Kami tiba-tiba lost contact tapi setahu saya, kami tidak mempunyai sebarang masalah pun," ujarnya.

Mengenai perkembangan karier seni, dua filem terbaharu lakonan Niezam iaitu 'Rempit 2' dan 'Airforce' bakal ditayangkan pada tahun ini.

Terdahulu, Nonny mendedahkan perancangan dia dan Niezam untuk berkahwin tidak kesampaian kerana mengambil keputusan untuk berpisah.




www.myartis.com / Sumber: mStar

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: