31 March 2021

SENTUH HIDUNG GUNA KAKI - ANDI BERNADEE MOHON MAAF, TAMPIL JELASKAN



Sebelum ini kecoh di media sosial apabila penyanyi Baby Shima didakwa telah mempersenda dengan meniru pergerakan tokoh orang kurang upaya (OKU), Zhariff Afandi yang dilahirkan tanpa tangan menerusi sebuah video yang dimuat naik di aplikasi TikTok.

Bagimanapun, Baby Shima yang menyedari kesilapannya itu tampil memohon maaf dan turut memadam video berkenaan daripada media sosialnya.

Terkini, penyanyi dan juga pelakon Andi Bernadee pula dilaporkan turut terkena tempias daripada kontroversi yang tercetus antara Baby Shima dan Zhariff. Ini berikutan video yang memaparkan dia menyentuh hidung menggunakan kaki dikatakan telah mengguris hati golongan istimewa ini.

Klik untuk gambar besar



Dia kemudiannya telah menerima pelbagai kritikan yang menghentam dirinya meskipun Andi mendakwa video tersebut sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan golongan OKU.

"Ketika saya muat naik video tersebut, tiada kena mengena langsung dengan video Baby Shima dan saya masih boleh bezakan mana yang baik dan buruk. Saya mohon maaf kepada pihak yang terbabit dalam isu ini terutamanya abang Zhariff. Harap perkara sebegini takkan berulang lagi," katanya.

Pelakon drama 'Melastik Ke Hatimu' ini dalam pada itu mengakui dia turut berasa marah selepas melihat video Baby Shima itu. Dia dalam pada itu sempat menitipkan pesanan agar orang ramai lebih berhati-hati dalam menghasilkan kandungan video atau gambar agar tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak.




www.myartis.com / Sumber: Kosmo

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: