Menerusi muat naik terbaru di laman Instagram miliknya, penyanyi Azhar Osman yang merupakan bekas penyanyi duo Azhael, dilihat semakin kurus dan cengkung.
Dalam hantarannya tersebut, Azhar berkongsi sekeping gambar memaparkan wajah dan tubuhnya dari bahagian sisi tetapi tidak memandang kamera.
Ianya ternyata telah mencuri perhatian peminat yang rata-rata bimbang melihatkan keadaan Azhar kini di mana lebih susut berbanding dahulu.
Klik untuk gambar besar
Enggan membiarkan peminat tertanya-tanya, Azhar menjawab persoalan pengikut media sosialnya dengan menjelaskan bahawa dia baru sahaja sembuh daripada penyakit GERD ataupun Reflux.
Untuk info, penyakit GERD merupakan sejenis komplikasi bahagian pencernaan yang kronik di mana asid dalam perut atau kandungan dalam perut akan mengalir semula ke dalam saluran esofagus.
Untuk makluman, Azhar kini bergerak solo apabila Hael telah mengambil kesempatan untuk mengundurkan diri daripada Azhael sekitar tahun 2017 yang lalu.
www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara & Instagram Azhar Osman
________________________

No comments:
Post a Comment