22 March 2021

EINA AZMAN DIPUJI RAI BIRTHDAY, HADIAHKAN RANTAI UNTUK PEMBANTU RUMAHNYA



"Happy Birthday to my orang kuat Megawati Terima kasih sebab banyak membantu meringan kan segala kerja2 saya di rumah. Saya hargai sangat kamu nak rantai baru kan ni saya hadiah kan untuk kamu buat kali kedua sbb yang pertama tu dia ganas sangat sampai terputus.

"Saya harap kamu happy untuk sambut birthday kamu yang terakhir bersama saya tahun ni kami semua sayang kamu mega," kata pelakon Datin Paduka Eina Azman yang bru-bru ini telah meraikan ulang tahun kelahiran salah seorang pembantu rumahnya.

Menerusi video sekitar sambutan yang dikongsikan di laman Instagram, Eina dilihat menghadiahkan seutas rantai istimewa kepada pembantu rumahnya yang dikenali sebagai Megawati, sebagai tanda perhargaan.

Klik untuk gambar besar



Lantas, perkongsian ibu kepada sepasang kembar ini telah mendapat perhatian peminat. Bukan itu sahaja, rata-rata peminat memuji sikap baik hati dan penyayang Eina bersama pembantu rumahnya.

Untuk makluman, Eina atau nama penuhnya Ainur Syakina Azman dilahirkan pada 13 Mac 1995 dan telah mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan Datuk Paduka Kaiser Gurmit Harden pada 31 Ogos 2014 dan dikurniakan pasangan anak kembar, Arianna Aubrey dan Karl Kareef.















www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Eina Azman

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: