01 March 2021

"EN SAJAT NAK MURTAD, SALAH SIAPA?... DIRI-SENDIRI" - PU SYED NASIHAT KEMBALI KEPADA FITRAH



"En Sajat nak murtad, salah siapa? Adakah salah penguatkuasa yang mengambil tindakan terhadapnya atau nak salahkan netizen yang mengecam akan perbuatannya yang melampau dan salah di media sosial? Ambe (saya) rasa Sajat kena salahkan diri sendiri yang semakin hari semakin hanyut dengan kemewahan yang dimiliki serta dunia khayalan ciptaannya yang telah menipu daya dirinya.

"Murtad bukan jalan penyelesaian kepada masalah yang En Sajat hadapi.. bahkan ianya menambah parah dalam diri En Sajat. Kembali kepada fitrah.. bertaubat kepada Allah, Allah Maha Menerima Taubat," itulah kata-kata Pencetus Ummah (PU) Syed Mohd Bakri kepada usahawan kosmetik iaitu Sajat.

PU Syed menerusi laman Instagram miliknya tampil memberi sedikit pandangan dan memberi nasihat mengenai kes tersebut yang dakwanya mahu murtad daripada pegangan agama Islam. Kata PU Syed, Sajat seharusnya tidak tampil menyalahkan mana-mana pihak tapi sebaliknya perlu memperbetulkan dirinya terlebih dahulu.

Klik untuk gambar besar



Isu Sajat yang kini diburu JAIS setelah sebuah waran tangkap telah dikeluarkan untuk urusan penangkapan usahawan kosmetik itu nampaknya belum reda lagi apabila dia dilaporkan 'hilang' dari kediaman setelah anggota pihak berkuasa datang ke rumah untuk penahanannya.

Terdahulu, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman pernah meluahkan hasrat untuk keluar daripada agama Islam selepas dia didakwa atas tuduhan berpakaian seperti wanita sehingga menyebabkan agama Islam dipandang hina.

Pada 6 Januari lalu, Sajat telah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah di sini atas tuduhan berikut. Pertuduhan terhadap pengusaha kosmetik itu dibuat mengikut Seksyen 10(a) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 yang memperuntukkan hukuman tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.




www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara & Instagram PU Syed

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: