01 March 2021

KES FITNAH - ZARINA ANJOULIE DAPAT PERINTAH BELA DIRI, FARA MENDOZA BELUM MENANG



"Anak guam saya menafikan segala tuduhan dan tidak pernah memfitnah Fara Mendoza. Kami akan memastikan dia akan memenangi kes ini," kata peguam pelakon dan usahawan Zarina Anjoulie iaitu Nurul Hafidzah Hassan daripada NHA Advocates and Solicitors berhubung kes anak guamnya dengan pelakon Fara Mendoza.

Nampaknya kes saman fitnah yang difailkan Fara atau nama sebenarnya Nurfaralinah Md Yunus belum berkesudahan apabila Zarina bakal membela diri di hadapan hakim. Ia susulan keputusan Mahkamah Tinggi Negeri Sembilan membenarkan permohonan dikemukakan Zarina untuk membatalkan penghakiman yang dimasukkan Fara berhubung dakwaan pelakon itu memfitnah dirinya.

Menurut Nurul Hafidzah, Zarina konsisten dengan pendirian terdahulu bahawa dia tidak memfitnah Fara. Sebelum ini, media melaporkan Fara menang saman malu atau fitnah ke atas Zarina yang difailkan peguamnya pada Januari tahun lalu.

Susulan itu, Zarina memfailkan permohonan membatalkan penghakiman di Mahkamah Tinggi Seremban pada 24 Jun 2020. Menurut peguam, terdapat isu berbangkit terhadap keputusan berkenaan.

Klik untuk gambar besar



"Zarina mendakwa dia tidak menerima salinan saman secara peribadi dan menyangkakan peguam terdahulu telah membela nasib usahawan media sosial itu.

"Dia menyangkakan peguam yang dilantik terdahulu telah melindungi haknya dan mengusahakan untuk memenangi kes tuntutan fitnah tersebut sehinggalah berita kemenangan Fara diterbitkan oleh pihak media pada 5 Jun tahun lalu.

"Apabila Zarina menghubungi peguam tersebut, ahli keluarga peguam itu memaklumkan bahawa peguamnya diserang strok dan firma guaman telah pun ditutup beberapa bulan," jelasnya.

Akhirnya Zarina melantik barisan peguam yang baharu bagi mewakilinya selepas mendapatkan kepastian daripada mahkamah bahawa terdapat saman dan penghakiman bagi kesnya itu.




www.myartis.com / Sumber: mStar

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: