Menerusi muat naik terbaru di laman Instagram, pelakon Eyka Farhana dilihat ada berkongsi foto serta video yang menunjukkan dirinya memakai dress berwarna emerald green.
Namun, entri terbabit telah menjadi perhatian ramai apabila gaun yang dipakai pelakon itu menampakkan sedikit aset miliknya.
Kurang senang dengan perkongsian tersebut, seperti sudah dijangka, ramai yang mengecam gambar berkenaan. Namun, ada segelintir mengambil peluang menasihati Eyka.
Netizen juga turut meminta Eyka untuk lebih menjaga aurat serta mendoakannya diberikan hidayah untuk menjadi insan lebih baik.
Klik untuk gambar besar
www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Instagram Eyka Farhana
________________________

No comments:
Post a Comment