10 March 2021

IBU MENTUA KONGSI FOTO MAJLIS - HANNAH DELISHA KANTOI DIDAKWA NIKAH TAHUN LALU?



Sebelum ini pelakon Hannah Delisha hangat diperkatakan selepas status ibu kandungnya iaitu Noor Ashikin Ahmad yang seakan mengatakan perkahwinan anaknya didakwa tidak direstui.

Terkini timbul pula cerita lain yang lebih mengejutkan apabila pelakon itu didakwa sudah berumahtangga dengan pilihan hatinya, pelakon Singapura Imam Shah lebih setahun lalu.

Spekulasi terbaharu itu muncul gara-gara ibu mentua Hannah iaitu Mariana Yati berkongsi beberapa gambar majlis perkahwinan anak dan menantunya di Instagram termasuk salah satunya merupakan foto yang turut dihadiri pelakon dan model Eleena Sui. Menerusi foto berkenaan, Eleena yang dilihat memakai busana berwarna biru duduk diapit antara Hannah dan suaminya di atas pelamin.

Klik untuk gambar besar



Apa yang lebih memeranjatkan, menerusi Instagram Eleena mendapati pada 19 Februari 2020, dia pernah berkongsi gambarnya dalam persalinan yang sama dan kelihatan seolah-olah duduk di kerusi pelamin mirip majlis pernikahan Hannah.

Menerusi gambar berkenaan Eleena kelihatan berbadan langsing, berbeza dengan penampilan terbaharunya sejak awal Februari lalu yang sedang sarat mengandung anak pertama iaitu pada bulan ketika Hannah dan Imam Shah berkongsi foto pada 18 Februari 2021 dengan penampilan berpakaian nikah.

Justeru timbul tanda tanya bilakah tarikh sebenar Hannah dan Imam, 32, disatukan sebagai pasangan suami isteri? Sementara itu dalam perkongsian yang sama, Mariana berkata dia sentiasa mendoakan agar perkahwinan Hannah dan anaknya kekal hingga ke syurga.



"Syurgamu merestuimu, anakku. Subhanallah. Allah menentukan segalanya. Semoga mahligai yang dibina sampai ke syurga. Doaku tidak akan putus menjadi penghalang segala musibah. Allah itu Al-Alim. Ingat itu Imam dan Hannah, teruskan bersabar. Mummy sayang kamu berdua. Semoga Allah melindungimu anak-anakku," tulisnya menerusi Instagram pada Selasa.

Pada Isnin, nama Hannah atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne Birch, 25, kembali menjadi bualan ramai selepas didakwa tidak mendapat restu ibunya apabila Noor Ashikin memuat naik bait-bait puisi berjudul 'Hikayat Antah Berantah' yang memberi bayangan seolah-olah tidak merestui perkahwinan anak perempuannya itu.

Lebih mengejutkan, setiap hantaran di laman Instagram sejak 23 Februari lalu turut disertakan dengan tanda pagar #ibutidakrestu. Gara-gara tanda pagar itu, netizen membuat spekulasi dan mendakwa perkahwinan Hannah dan suami tidak mendapat restu Noor Ashikin.


















www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Instagram Mariana Yati, Eleena Sui, Hannah Delisha & Imam Shah

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: