25 March 2021

ISU KELUARGA SUDAH REDA - SUAMI MUAT NAIK VIDEO HANNAH DELISHA



Semua mengetahui mengenai isu pelakon Hannah Delisha yang sebelum ini hangat diperkatakan berhubung perkahwinannya dengan Imam Shah yang didakwa tidak mendapat restu ibu pelakon itu. Hannah bagaimanapun telah ampil memohon maaf berikutan kontroversi tersebut.

Terkini, isu itu dilihat sudah reda, malah ibunya juga tidak mengeluarkan kenyataan baru. Disaat isu tersebut sudah mula reda, suaminya dilihat ada memuat naik video pendek di Twitter memaparkan wajah cantik isterinya.

Meskipun video tersebut hanya berdurasi tiga saat, kapsyen ditulis aktor Singapura itu seolah-olah sangat terpegun dengan kecantikan Hannah: "Haisss.. 😍"

Perkongsian Imam itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut 'cair' melihat senyuman manis Hannah. Kata netizen lagi, meskipun Hannah sudah bergelar isteri orang, namun tetap berjaya menawan hati mereka.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber: Rotikaya

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: