22 March 2021

ISU RENTAS NEGERI - RISTEENA JELAS PUNYAI SURAT, PERGI ATAS URUSAN KERJA



"Haih artikel yang keluar pun mengundang salah faham betul. Kami di Sabah ada urusan kerja dan telah mendapatkan surat merentas untuk tujuan kerja. Saya yakin pihak polis lebih arif, jadi saya fikir tak perlu post tentang kerja di IG saya hanya untuk puaskan hati semua orang. 

"Saya hanya share apa yang saya nak share saja di IG. Harap semua tidak spekulasi yang tidak betul," demikianlh perjelasan pelakon Risteena Munim menerusi satu muat naik di laman Instagram miliknya sebentar tadi.

Sebelum ini, pasangan merpati dua sejoli ini dilihat sedang menikmati bulan madu dipercayai di Semporna, Sabah. Bagaimanapun, perkara tersebut telah mengundang kecaman netizen yang mempersoalkan tindakan pasangan itu ke Sabah sedangkan rentas negeri masih tidak dibenarkan. Malah, netizen turut menegur pasangan itu yang dilihat melanggar SOP dengan tidak memakai pelitup muka.

Untuk makluman, Risteena dan Isa selamat bergelar disatukan sebagai suami-isteri dengan sekali lafaz pada 12 Mac lalu dalam satu majlis pernikahan yang diadakan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Klik untuk gambar besar









www.myartis.com / Sumber & foto: Instagram Risteena Munim & Isa Khan

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: