10 March 2021

JENAZAH IBU SELAMAT DIKEBUMIKAN - KATA-KATA JOEY BPR SENTUH HATI



"Penghormatan terakhir untuk seorang insan yang jasanya tiada ternilai. Ibu yang melahirkan aku. "Zahrah Omar, generasi ketiga Datuk Bentara Luar Johor. Dia cakap dengan aku, dia penat. Maka rehatlah mak. Rehatlah untuk selamanya. Terlalu banyak keringat dan pengorbanan telah kau berikan. Demi untuk membesarkan aku. Terima kasih atas segalanya.

"Ampunkanlah aku. Halalkan susumu. Sukar bagi aku untuk menerima hakikat ini. Terasa terlalu sugul di benakku. Namun bagi aku, hidup ini hanyalah mimpi. Satu hari aku akan terjaga dan kita akan bersama kembali," demikian tulis penyanyi kumpulan BPR, Joey menerusi Facebook selepas jenazah ibunya iaitu Zahrah Omar selamat dikebumikan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan tengah malam tadi.

Kata-kata Joey atau nama sebenarnya Johari Mat Rozekhi, 57, telah menyentuh hati rakan-rakan dan peminatnya. Joey percaya, Allah sudah menyediakan tempat terbaik untuk ibunya di sana.

Terdahulu, Zahrah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah dipercayai akibat kegagalan buah pinggang dan masalah jantung, petang semalam.


www.myartis.com / Sumber: Harian Metro

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: