20 March 2021

LAMA MENYEPI, RUPANYA ALONG AYZENDY SAKIT BUAH PINGGANG KRONIK



Kalaulah dulu dia kerap lakukan pemeriksaan kesihatan, mungkin buah pinggangnya dapat diselamatkan. Demikian luahan hati pelakon Along Eyzendy, 42, yang kini menghidap sakit buah pinggang tahap kronik apabila hanya 19 peratus sahaja yang berfungsi.

"Saya nak beri kesedaran kepada orang ramai bahawa pemeriksaan kesihatan itu adalah perlu. Walaupun kita sihat, tapi kita tak tahu dalaman kita sama ada sihat atau tak," ujarnya dipetik sebagai berkata.

"Keadaan buah pinggang saya semakin teruk dan saya rasa sekarang memang sudah rosak sepenuhnya," katanya lagi di mana dia juga bakal menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang apabila sudah melakukan beberapa ujian.

Klik untuk gambar besar



Untuk makluman, kali terakhir dia melakukan pemeriksaan kesihatan ialah ketika berusia 18 tahun.

Seterusnya pada 2019, ketika berusia 40 tahun, dia melakukan pemeriksaan kesihatan semula dan doktor memaklumkan buah pinggangnya rosak dan hanya 19 peratus berfungsi.


Menyedari kesilapannya itu, dia kini menasihatkan orang ramai supaya menjalani pemeriksaan kesihatan bagi mengetahui mengenai keadaan tubuh badan sebelum semuanya terlambat.

"Kepada mereka yang sama seperti saya, saya faham, apa yang berlaku mampu membuatkan kita bersedih dan kemurungan. Saya juga melaluinya.

"Namun, sama-sama kita bangkit. Sama-sama kita wujudkan semula semangat untuk terus berjuang dan teruskan kehidupan demi kelangsungan kita dan keluarga," nasihatnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: