20 March 2021

KINI KURUS - MASALAH SLIPPED DISC PAKSA SHIMA UBAH GAYA HIDUP



"Pada 2019, saya ada slipped disc dengan berat badan 85kg. Jadi, saya terpaksa turunkan berat sebab sudah terlampau sakit. Apabila buat pemeriksaan darah dan penyakit lain, doktor menasihati saya untuk mulakan penjagaan pemakanan. Alhamdulillah, saya tiada masalah darah tinggi dan kencing manis.

"Memandangkan saya memiliki rangka kecil, jadi kalau tidak buat apa-apa memang akan menjadi lebih teruk. Disebabkan itu saya berusaha. Mahu atau tidak dan sebab fikir kesihatan, saya buat secara perlahan-lahan. Bukan sebab nak cantik pun.

"Doktor memberi nasihat cara pemakanan yang sesuai dengan kumpulan darah saya. Saya ikut semua. Cuma tidak boleh buat senaman sebab slipped disc.

"Alhamdulillah sekarang berat kekal antara 48 hingga 50kg. Ia adalah berat asal saya dulu," kongsi penyanyi Shima, 52, yang kini berjaya menurunkan berat badan daripada 85 kilogram (kg) ke 48kg.

"Memang 'sakit' juga, tapi hasilnya berat saya turun daripada 85kg ke 75kg. Pada November tahun lalu berat saya sudah mencecah 48kg. Selepas itu, saya cuba kekalkan. Sekarang pun saya hanya gunakan gula merah. Makan nasi pun jarang dan jika ambil pun segenggam saja.

"Saya tak mampu sediakan makanan diet yang mahal. Saya hanya makan sayur, telur, ikan dan sumber protin lain. Saya nak sihat saja, tapi tidak ada jalan pintas.

"Ini pengalaman sendiri. Disiplin kena kuat. Semuanya saya masak di rumah sebab senang nak kawal," ujarnya dipetik sebagai berkata dan dia kini sudah tidak mengalami masalah sakit tumit dan lutut.

"Slipped disc masih ada. Cuma apabila berat badan berkurangan, sakit tumit dan lutut tak ada lagi," tambahnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: