11 March 2021

MENANGIS NAK BERBAIK DENGAN IBU - HANNAH DELISHA MOHON MAAF, BUKA MULUT



"Hannah tu budak baik. Kasihan saya tengok, setiap hari dia menangis dan berdoa agar hubungannya dan ibu kembali pulih. Bagi saya sebagai seorang ibu, anak kami telah selamat disatukan. Doa yang baik-baik sahaja sudahlah. Siapa kita nak menolak takdir, ketentuan dan jodoh ditetapkan Allah.

"Sampai hati dia (ibu Hannah) cakap macam tu, ini semua kerja Tuhan yang dah tentukan jodoh anak dia dengan siapa. Hannah kahwin pun memang tiada paksaan daripada saya atau imam," demikian kata ibu mentua pelakon Hannah Delisha, Mariana Yati.

Sejak semalam, ramai dikejutkan dengan dakwaan ibu kandung Hannah iaitu Noor Ashikin Ahmad dikatakan tidak merestui perkahwinan anaknya itu. Terbaru, ibu mentuanya mendedahkan hubungan Hannah dengan ibunya keruh sejak sekian lama.

Simpati dengan nasib menimpa menantunya, Mariana yang juga pelakon veteran Singapura berkata Hannah setiap malam menangis dan sentiasa berdoa untuk berbaik dengan ibunya.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Mariana berkata perkahwinan Hannah dan Imam itu diadakan atas kehendak pasangan itu sendiri dan tiada paksaan mana-mana pihak.

Diminta mengulas mengenai tarikh sebenar perkahwinan anak menantunya, Mariana bagaimanapun tidak mendedahkan sebaliknya memohon agar mendoakan kebahagiaan pasangan itu.

Tak sampai sebulan berkahwin, nama Hannah hangat diperkatakan apabila terpalit pelbagai kontroversi termasuk dakwaan perkahwinan tak direstui ibu dan satu lagi dakwaan apabila pelakon itu dikatakan telah pun mendirikan rumah tangga sejak setahun lalu.

Bagaimanapun, Hannah yang sebelum ini berdiam diri telah tampil memohon maaf menerusi satu perkongsian di Insta Story malam tadi. Dalam entri tersebut, Hannah turut menyatakan sebagai manusia biasa dia juga tidak dapat lari daripada masalah peribadi.



"Saya ingin memohon maaf di atas perhatian yang tidak diingini ketika ini. Ya, seperti kebanyakan anda semua saya juga mempunyai masalah peribadi. Saya minta maaf kerana ia telah dikongsikan kepada umum," tuturnya.

Kata Hannah lagi, dia tidak mahu kisah peribadinya menjadi perhatian kerana tujuan dia menceburkan diri dalam industri seni untuk menghiburkan orang ramai.

"Sejak mula-mula saya terlibat dalam industri ini, tujuan saya adalah sentiasa untuk menghiburkan anda semua dengan kerja saya, bukan kehidupan peribadi.

"Saya cuba sedaya upaya untuk elak daripada gossip kerana saya membawa bersama maruah negara. InsyaAllah saya akan terus kekal berada di landasan tersebut," ujar Hannah.






www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Rotikaya, Instagram Hannah Delisha, Mariana Yati & Noor Ashikin Ahmad

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: