20 March 2021

PEMINAT DOAKAN LAUDYA CYNTHIA BELLA SEGERA BERTEMU JODOH



Nama pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella menjadi bualan apabila bekas suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin berkahwin dengan Noor Nabila Mohd Noor semalam.

Ramai peminat Laudya mendoakan agar dia segera bertemu jodoh dan memulakan kehidupan berumah tangga sekali lagi. dengan Dimas Beck.

Memetik portal Indonesia Liputan6, Laudya digosipkan bercinta bersama rakan artis senegara, Dimas Beck. Laudya dan Dimas pernah menjadi ahli kumpulan muzik, Bukan Bintang Biasa (BBB).

BBB yang ditubuhkan penyanyi dan komposer Melly Goeslaw pada 2006 turut dianggotai Raffi Ahmad, Ayushita dan Chelsea Olivia.

Klik untuk gambar besar



Bagaimanapun, kedua-duanya pernah menjelaskan hubungan mereka tidak lebih sekadar kawan baik biarpun sudah 15 tahun bersahabat.

Sementara itu, semakan di media sosial pelakon filem 'Syurga Yang Tak Dirindukan' itu mendapati Bella tidak memuat naik sebarang ucapan atau komen mengenai perkahwinan bekas suaminya itu.

Di Instagram story, Bella cuma memuat naik videonya dan juga perkongsian mengenai ceramah agama seperti mana yang sering dikongsikannya.

Untuk makluman, Laudya mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran pada 8 September 2017, namun bercerai pada Julai tahun lalu. Perkahwinan mereka tidak dikurniakan cahaya mata.





www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Harian Metro & Instagram Laudya Cynthia Bella

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: