30 March 2021

SAKIT TULANG BELAKANG, NAIK SKUTER 3 RODA - ZAMANI HARAPKAN BANTUAN 'JOB'



"Alhamdulillah keadaan kesihatan saya masih lagi dalam keadaan baik, saya hanya mengalami masalah tulang belakang. Sepatutnya perlu jalani rawatan setiap dua minggu sekali, namun kosnya agak tinggi.

"Oleh kerana mereka tak tetapkan kekerapan rawatan, saya pilih untuk pergi hanya apabila betul-betul sakit. Sumbangan daripada badan-badan yang terlibat dalam industri seni setakat ni tak ada lagi.

"Saya pula lebih selesa nak kerja sendiri, kalau boleh bagi la bantuan menerusi tawaran kerja... itu lebih baik. Mungkin juga apabila melihat keadaan saya macam ni orang risau nak bagi offer, tapi sebenarnya saya sihat tapi fizikal je nampak macam ni," demikian kata penyanyi Zamani Slam.

Klik untuk gambar besar



Setelah lama menyepi dalam industri hiburan, Zamani dikhabarkan terpaksa menghentikan rawatan penyakit skoliosis atau tulang belakang melengkung kerana berdepan masalah kewangan.

Ujar Zamani, dia memerlukan sekitar RM300 bagi mengikuti satu rawatan kiropraktik bagi mengurangkan masalah berkenaan. Ditanya sama ada dia menerima apa-apa bantuan kewangan daripada badan tertentu, Zamani berkata dia lebih selesa untuk terus berkerja.

















www.myartis.com / Sumber: mStar

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: