13 March 2021

SEMPENA HARI LAHIR - AERIL ZAFREL HADIAHKAN ISTERI KERETA MEWAH



Bersempena ulang tahun isteri, pelakon dan ahli perniagaan Wawa Zainal yang ke-29 tahun semalam, pelakon Aeril Zafrel menghadiahkannya sebuah kereta mewah jenis Mercedes-Benz GLC 300 yang dianggarkan bernilai RM300,000. Aeril, 33, turut mendoakan semoga segala impian dan hajat isterinya itu dimakbulkan Allah SWT.

"Saya menghadiahkan kereta ini sebab kereta digunakan Wawa sekarang sudah lebih tiga tahun. Orang cakap kereta ni paling lama pun kalau nak 'best' bawa kena lima tahun. Kalau terlalu lama pula risau keadaan kereta Itu boleh membahayakan nyawa. Sebab itu saya hadiahkan kereta ini.

"Sebelum beli, saya ada berikan 'hint' mengenai kereta ini. Nanti kalau dia tak minat, rugi pula beli. Cuma dia memang tidak tahu saya beli kereta ini. Pada majlis ini (semalam) dia baru tahu. Memang kejutan buat dia. Selamat ulang tahun bidadari syurga ku. Semoga semua impian mu, hajat mu dimakbulkan Allah SWT," katanya.

Terdahulu, Aeril membuat kejutan itu pada majlis Gala Dinner Award Wawa Cosmetics yang diadakan di ibu negara, semalam. Aeril yang masuk ke dalam dewan sambil menyanyikan lagu hari jadi sebelum menyerahkan sejambak bunga dan replika kunci kereta mewah itu. 

Klik untuk gambar besar




www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro, Instagram Aeril Zafrel & Wawa Zainal

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: