07 March 2021

SERTAI TABLIGH - MK CLIQUE MAKIN BERUBAH, MULA TANGGAL RANTAI, GELANG EMAS



Di media sosial telah tular foto penyanyi rap MK K-Clique yang menyertai kelas agama bersama kumpulan jemaah tabligh. Foto terbabit menarik perhatian peminat.

Melihat pada foto yang dikongsi di laman Instagram, MK atau nama sebenar Muhammad Hairi Amin Hamdan, 25, dilihat mengikuti kelas berkenaan bersama beberapa rakannya termasuklah pelakon Mas Khan.

Menurut pengurusnya iaitu Kie Razid, penyanyi lagu 'Pulang' itu menyatakan hasrat mengikuti kelas tersebut sejak tiga minggu lalu. MK bersama beberapa temannya difahamkan berkampung di Jerantut, Pahang selama tiga hari mendalami ilmu agama. Sementara itu, Kie memaklumkan MK akan pulang ke Kuala Lumpur pada malam ini dan meneruskan kerjaya seninya seperti biasa.

Klik untuk gambar besar



"Dia sendiri yang nak sertai kelas agama itu. Sepanjang tempoh tiga hari itu dia mengikuti pengajian asas agama termasuklah buat aktiviti sunnah seperti menunggang kuda dan makan dalam dulang beramai-ramai. Kalau tengok foto yang dikongsi, dia nampak seronok mengikuti kumpulan tersebut.

"Dia juga tanggal rantai dan gelang semua... beberapa hari ini dia tak aktif di media sosial kerana fokus dengan kelas, telefon pun ditutup. Alhamdulillah benda baik kita sokong, apa yang penting niat dia untuk berubah," katanya.



Salah seorang pelakon yang turut menyertai kumpulan tersebut iaitu Mas Khan yang dihubungi pula enggan mengulas lanjut mengenai penglibatannya itu.

Sebelum ini, salah seorang pelakon yang aktif dengan jemaah tabligh iaitu Zul Yahya enggan lagi namanya dikaitkan dengan kumpulan terbabit.

Keputusannya untuk tidak lagi terbabit dengan kumpulan itu kerana ingin menjaga nama baik jemaah tabligh. Zul berkata banyak perkara yang dipelajari sepanjang bersama dengan jemaah tabligh dan berharap dirinya terus istiqamah.














www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Instagram MK Clique & @ron_kamisan

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: