08 March 2021

TAHNIAH - ALAM WAKAKA SELAMAT NIKAHI PILIHAN HATI, ALISYA NAJWA



Tanggal 7 Mac 2021 (semalam), penari terkenal iaitu Alam Wakaka, 35, dan pilihan hatinya, Nurul Alisya Najwa, 20 telah pun selamat diijabkabulkan sebagai suami-isteri.

Menerusi entri di akaun Instagram, Alisya telah berkongsi momen saat selepas diijabkabulkan bersama pengikutnya. Malah, pasangan ini kelihatan sangat secocok mengenakan busana nikah yang serba putih.

"SUAMI SAYA," tulis Alisya ringkas. - "INI ISTERI SAYA," kata Alam pula.

Klik untuk gambar besar



Melihat pada ruangan, rata-rata rakan selebriti serta peminat telah menitipkan ucapan tahniah dan mendoakan mahligai cinta pasangan ini berkekalan hingga ke akhir hayat.

Terdahulu, Alam telah mengikat tali pertunangan bersama gadis berusia 20 tahun itu pada Ogos lalu. Tahniah kami ucapkan kepada Alam dan isteri. Semoga ikatan perkahwinan ini kekal hingga ke akhir hayat.












www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan, Instagram Alam Wakaka & Alisya Najwa

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: