04 March 2021

"TAK NAK KOMEN... ITU HAK NABILA" - SHARNAAZ JAWAB GOSIP BEKAS ISTERI



Kakak kepada selebriti Noor Neeelofa iaitu Noor Nabila baru-baru ini telah terpalit dengan gosip dimana dia dan Engku Emran dikatakan menjalin hubungan cinta selepas foto bapa Engku Aleesya ini dilihat berada di rumah Nabila ketika sesi usrah bersama Ustaz Wadi, tular di media sosial.

Bekas suami Nabila iaitu pelakon Sharnaaz Ahmad yang dihubungi itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai spekulasi hubungan yang diperkatakan itu.

Menurut Sharnaaz, itu adalah hak Nabila dan lebih baik jika dia tidak mencampuri mengenai hal berkenaan: "Saya tak nak komen apa-apa. Itu hak Nabila," katanya ringkas.

Klik untuk gambar besar



Namun, setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada kehadiran Engku Emran adalah disebabkan hubungan istimewa atau sekadar jemputan sahaja.

Terdahulu, Sharnaaz dan Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 namun mengambil keputusan berpisah pada Julai tahun lalu. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Jebat Jayden Ahmad.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: