13 March 2021

TAMAT PENGAJIAN MASTERS DENGAN POITER 3.78 - HAWA RIZWANA LUAH RASA SYUKUR



"Alhamdulillah I am so grateful to have gotten the opportunity to complete my Master Level course within 4 semesters as a part time student and working at the same time. Thank you for the endless support dearest family, lecturers and friends.

"Till i see you again @uitm.official #MA #syukur," kata pengacara dan personaliti TV, Hawa RIzwana yang mengumumkan berita gembira di mana dia telah berjaya menamatkan pengajian dalam jurusan Ijazah Sarjana Komunikasi Massa.

Berkongsikan berita tersebut di laman Instagram miliknya, Hawa turut memberitahu bahawa dia telah berjaya menamatkan semesterk akhirnya itu dengan markah 'pointer' terkumpul purata sebanyak 3.78.

Klik untuk gambar besar



Meskipun hanya bergelar pelajar separuh masa, Hawa meluahkan rasa syukur kerana diberi peluang untuk menamatkan pengajian selama empat semester itu.

Dalam hantarannya itu, dia sempat menitipkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang tidak henti menyokongnya selama dia mengimbangi antara belajar dan bekerjaya.

Meninjau ruangan komen, ramai rakan artis dan juga peminat tampil mengucapkan tahniah buat Hawa di atas kejayaannya itu. Apa-apa pun, tahniah diucapkan kepada Hawa.




www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara & Instagram Hawa Rizwana

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: