09 March 2021

TAYANG 'BABY BUMP' - MIERA LEYANA DEDAH MENGIDAM BUAH-BUAHAN IMPORT



"Saya suka buah-buahan unik seperti strawberi Jepun yang besar-besar, epal tenis dan buah-buahan import yang harganya memang tak masuk akal," itulah kata-kata pelakon Miera Leyana yang memberitahu dia ada mengidam makanan yang sukar diperolehi seperti buah-buahan import yang dijual dengan harga agak mahal.

Usia kandungan kini sudah mencecah tujuh bulan, Miera berkongsikan dia tidak mengalami sebarang alahan. Miera turut meluahkan rasa syukur pengalaman hamil anak pertama dipermudahkan, namun suaminya lebih risau berbanding dirinya.

"Alhamdulillah, saya tidak mengalami sebarang alahan atau muntah-muntah. Sepanjang proses kehamilan ini, semuanya dipermudahkan. Suami pun banyak membantu saya. Berbanding saya sendiri, dia nampaknya lebih risau, terutamanya dalam soal pemakanan saya,” katanya.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, ditanya mengenai jantina anak, Miera berkata dia dan suami memilih untuk menantikan kejutan pada hari bersalin nanti dijangka Mei depan.

"Setakat ini, saya dan suami tak nak tahu lagi jantina bayi sehingga hari kelahiran. Kami nak rasa kejutan bila dapat tahu di hospital nanti. Apa pun jantina bayi kami, kami sangat bersyukur kerana dikurniakan rezeki dengan agak cepat," ujarnya.

Untuk makluman, Miera mendirikan rumah tangga dengan Rosland Othman yang juga seorang ahli perniagaan pada Julai tahun lalu selepas berkenalan pada 2016.



www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Miera Leyana

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: