18 March 2021

TEGURAN 'PEDAS' INDIVIDU ISU ANAK SEKSI - AZHAR SULAIMAN AJAK BERSEMUKA



Baru-baru ini, pelakon senior Azhar Sulaiman telah dikritik hebat oleh netizen, gara-gara kenyataan menyuruh anaknya iaitu Kasih Iris Leona pergi ke klinik untuk mengecilkan payu dara.

Terbaru, seorang individu menyifatkan Azhar sebagai seorang bapa yang lepas tangan selepas dia dikatakan tidak mahu bertanggungjawab ke atas isu penampilan seksi anaknya.

Jelas individu berkenaan, pangkat sebagai seorang bapa bukanlah hanya pada gelaran semata-mata tetapi hendaklah disertakan dengan rasa tanggungjawab.

"Hebat statement ayah Leona ni. Kesian klinik dekat Malaysia kena pikul tanggungjawab untuk jaga wanita-wanita seksi. Harap-harap, takde owner klinik yang diazab kat akhirat nanti sebab tak dapat didik anak dengan betul.

Klik untuk gambar besar



"Gelaran 'Ayah' tu bukan datang sebab DNA sahaja, tapi ia datang bersama tanggungjawab. Kalau anak degil, bukan bermakna boleh lepas tangan dan join Tiktok sama-sama. Kelakar pulak wujud ayah macam ni and still got a lot of people call him sporting dad," tulisnya.

Kenyataan tersebut nyata mengundang rasa kurang senang di hati pelakon drama, 'Keluarga Iskandar' itu sendiri. Menurut Azhar, tidak salah untuk seseorang itu menegur mengenai kesilapan dirinya tetapi hendaklah menggunakan cara serta bahasa yang betul.

"Are you a good dad? Siapa yang verify your performance? Anak you okay? Perjalanan kita mungkin pendek dan mungkin panjang lagi. Kalau nak berdakwah sekali pun lu rasa lu akan sampai syurga sebelum saya dan keluarga saya? Mengingati sesama insan okay tapi bahasa kena jaga brader. Lu suka ke kena sound macam mana lu sound gua," balasnya.



Pada masa sama, Azhar jug turut dilihat memuat naik foto individu yang menegurnya itu di ruangan Instagram miliknya. Malah, Azhar juga mengajak individu tersebut untuk bersemuka bagi membahaskan mengenai isu tersebut.

"Kalau lu rasa lebih hebat dari gua, jemput datang jumpa gua la. Lu buat gua panas. Jangan berani dekat belakang je," katanya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meminta Azhar supaya banyakkan bersabar dan jangan peduli komen negatif tersebut.




www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Azhar Sulaiman

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: