25 April 2021

AL-FATIHAH - BAPA MENTUA HAZIQ HUSSNI KEMBALI KE RAHMATULLAH



Penyampai radio Hot FM, Haziq Hussni menerusi laman Instagram miliknya memaklumkan bapa kepada isterinya, Ayunda Putri iaitu Yudhi Yulfan Abdurrahman Thaher telah meninggal dunia di Banten, Indonesia pada Jumaat.

"Bapa mertua saya telah kembali ke Rahmatullah. Jenazah papa telah selamat dikebumikan. Alhamdulillah. Semua dipermudahkan. Meninggal di bulan yang baik, di hari yang baik dan semoga yang baik-baik untukmu di sana papa.

"Doakan juga Putri kuat sebab pandemik ni dah lama tak jumpa papa dia dan tak dapat nak bersama arwah di saat terakhir arwah," tuturnya.

Klik untuk gambar besar



Pemergian bapa mentua Hziq itu memberi kesan cukup mendalam buat dirinya dan isterinya. Lebih-lebih lagi apabila mereka tidak dapat memberikan penghormatan terakhir berikutan pandemik Covid-19.

Menyedari isterinya lebih terkesan menerima berita mengejutkan itu, Haziq menitipkan ucapan semangat dan memohon Putri kuat berdepan ujian tersebut.



"Lain orang lain cara Allah uji. Ini ujian awak sayang. Awak kuat. Awak hebat. Saya doakan awak berjaya dunia akhirat," katanya menerusi Instagram.

Difahamkan sudah hampir dua tahun Putri tidak bertemu dengan bapanya sehinggalah arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Pengacara program Muzik-Muzik itu berkahwin dengan Ayunda Putri, 30, yang berasal dari Medan, Indonesia pada 15 Julai 2016 dan pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata.



www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Haziq Hussni

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: