24 April 2021

BERGAMBAR MESRA - NETIZEN MAHU ZIZAN & NADIA BRIAN BERCINTA, SIFATKAN SEPADAN



Menerusi muat naik di laman Instagram, pelakon Nadia Brian telah berkongsi gambar bersama pelakon dan pelawak Zizan Razak. Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut mengusik mengatakan kedua mereka serasi serta sepadan.

"Sweet friendship refreshes the soul @zizanrazak869. (Persahabatan yang manis mendamaikan jiwa)," tulis Nadia pada ruangan kapsyen.

Tidak kurang juga ada netizen mahu melihat kedua mereka bertemu jodoh memandangkan Nadia kini sudah kembali solo. Malah, ada yang mengatakan wajah kedua mereka juga hampir sama, selain mendoakan mereka berdua bertemu jodoh.

Klik untuk gambar besar



"Bagai pinang dibelah dua. Zizan single (solo), Nadia pun solo. - "Sesuai sangat. Marry her (kahwini dia) Zizan. Muka pun hampir sama. Jodoh kuat ni," antara komen-komen netizen.

Difahamkan kedua mereka bergandingan menerusi penggambaran sebuah filem berjudul 'Rumah Maduku Berhantu' arahan Profesor A. Razak Mohaideen.

Terdahulu, Nadia mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Muizz Nasruddin pada 9 November 2019 sebelum bercerai talak satu awal bulan ini.



www.myartis.com / Sumber & foto: Kosmo & Instagram Nadia Brian

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: