08 April 2021

DIDAKWA BERCUTI & LANGGAR SOP, "SAYA MINTA MAAF, SAYA MENYESAL" - IKMAL AMRY



"Pertama sekali, saya nak minta maaf sebab hantaran saya itu ada mengguris hati netizen. Di sini, saya nak tekankan bahawa saya bercuti tanpa melanggar SOP.

"Kami mengikut SOP dengan menggunakan agensi pelancongan berdaftar seperti mana yang ditetapkan dan bukan menaiki kenderaan sendiri," demikian kongsi pelakon Ikmal Amry.

Dakwanya, menetap di Negeri Sembilan yang kini di bawah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan dia ke Kedah yang juga di bawah PKPP di mana ia memang dibenarkan.

"Di situ, saya tak melanggar SOP cuma kesalahan saya adalah memuat naik gambar dalam masa yang tidak sesuai. Saya sebagai manusia biasa yang apabila dalam keadaan gembira mahu menyimpan kenangan di Instagram. Jadi, saya minta maaf sangat-sangat," tambahnya yang merasa kesal kerana memuat naik gambar percutiannya bersama isteri, Najla Shamsul di Langkawi yang mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan netizen, baru-baru ini.

Dalam hal ini, katanya dia akan berfikir dengan lebih mendalam sebelum melakukan sesuatu tindakan di masa akan datang.

Untuk info, Ikmal sebelum ini memuat naik beberapa gambar dan video percutian di sebuah pulau hingga mengundang kemarahan netizen yang mendakwa dia melanggar SOP dengan melakukan perjalanan merentas negeri.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: