08 April 2021

BADAN KURUS KERING, WAJAH LESU & PUCAT - ADIK ACHIK, KHALIS DERITA SAKIT



Adik kepada vokalis Spin, Allahyarham Achik iaitu Khalis dilaporkan kini sedang menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban, Negeri Sembilan, selepas menderita sakit.

Menurut adik kepada Khalis iaitu penyanyi Tajul atau nama penuhnya Tajul Ariff Noor Md Shari, abangnya dikejarkan ke hospital pada Rabu malam. Bagaimanapun Tajul, 23, ketika dihubungi enggan memberitahu penyakit yang dihidapi Khalis atau Muhammad Khalis Md Shari, 33.

"Wallahualam, saya tak berani nak kata apa berhubung sakit abang saya. Dia sakit sejak empat atau lima hari yang lalu. Kemudian semalam (Rabu) dia dibawa ke hospital," katanya.

Keadaan kesihatan Khalis menimbulkan tanda tanda selepas satu akaun Facebook berkongsi foto bekas vokalis kumpulan The Real Spin itu. Menerusi foto berkenaan kelihatan dia didukung oleh seseorang untuk dimasukkan ke dalam kereta dipercayai sebelum dibawa ke hospital.

Klik untuk gambar besar



Dalam muat naik tersebut, wajah Khalis kelihatan pucat selain keadaan fizikal yang cengkung. Bercerita lanjut tentang keadaan terkini Khalis, Tajul, 23, berkata abangnya dalam keadaan baik dan stabil. Selain itu, Tajul meminta agar orang ramai mendoakan agar abangnya dapat pulih seperti sedia kala.

"Sekarang keadaan abang saya masih okay, doktor tengah monitor je. Mewakili abang, saya minta semua doakan yang terbaik untuk dia," tutur Tajul.

Untuk makluman, Khalis mempunyai seorang isteri dan memikul tanggungjawab membesarkan tujuh anak berusia dari 9 hingga 20 tahun. Tiga daripada mereka ialah anak tiri, dua anak sendiri dan dua lagi anak saudara yang dibelanya sejak kecil.




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Instagram Tajul Ariff & @bebyachaa

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: