26 April 2021

ENGGAN LAGI FIKIRKAN ISU KONTROVERSI PERNIKAHAN - SERINA MAHU TERUSKAN KEHIDUPAN



"Apa yang keluar dalam laman web dan media sosial berunsur fitnah semata-mata, di mana ada juga yang menjatuhkan nama baik dan reputasi perniagaan yang saya miliki. Namun, apa yang berlaku biarlah menjadi pengajaran dan saya perlu bangkit untuk terus berjuang kerana ini jalan yang saya pilih.

"Lagi pun, saya menceburi bisnes telekung ini sejak Oktober 2019 dan saya memilih bisnes ini kerana ia adalah satu-satunya platform yang mengingatkan diri untuk terus beristiqamah dalam mendekatkan diri kepada Allah SWT," demikian kata pelakon Serina Redzuawan.

Anak kepada cef selebriti terkenal, Chef Wan itu sebelum ini hangat diperkatakan selepas terpalit dengan kontroversi pernikahan dengan anggota polis, Meor Mohammad Aidid. Serina berkata, dia tidak mahu lagi memikirkan apa yang terjadi selain perlu berpijak dengan realiti iaitu kehidupan perlu diteruskan.

Serina, 38, berkata apa yang menjadi fokusnya kini adalah perniagaan yang diusahakan, Serina Inspire. Menurut Serina juga anak kepada cef selebriti terkenal, Datuk Chef Wan, bisnes telekung itu adalah dakwah halus untuk memberi peringatan kepada diri dan orang ramai.

Klik untuk gambar besar



"Di samping berdakwah secara halus, sedikit sebanyak bisnes ini memberi peringatan kepada saya mengenai kepentingan solat termasuk kepada orang ramai. Saya berasa puas kerana dapat melaksanakan fardu kifayah yang sedikit sebanyak mendorong untuk terus istiqamah dalam menjadi Muslimah yang sempurna," ujarnya.

Terdahulu, kecoh apabila perkongsian mengenai perkahwinan keduanya itu disusuli dengan pelbagai pendedahan baik di sebelah bapanya dan juga bekas isteri suaminya itu.

Sebelum ini, Serina pernah mendirikan rumah tangga dengan Salahudin Ghafar pada 1 Januari 2010. Bagaimanapun, mereka bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Daerah Petaling pada 1 Ogos 2017 selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga. Mereka dikurniakan dua cahaya mata, Tristan Tareef, 11, dan Isabella Saffiya, 10.





www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Serina Redzuawan

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: