26 April 2021

BERTUDUNG SEPANJANG RAMADAN - RIENA DIANA MAHU BELAJAR & RASAI PENGALAMAN



"Sebenarnya saya belum terfikir nak pakai tudung sepenuhnya lagi, tapi saya ambil keberkatan bulan Ramadan ini dengan memakai tudung sepanjang mengendalikan segmen Geng Pagi Hot di stesen radio Hot FM.

"Ketika saya maklumkan kepada penerbit untuk membawa karakter bertudung di konti radio sepanjang bulan puasa ini, dia memberi galakan dan menyokong pilihan yang saya buat.

"Saya anggap ini adalah permulaan untuk saya membiasakan diri sebelum mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya satu hari nanti. Apapun, doakan semoga impian untuk berhijab dipermudahkan," kata pelakon dan penyampai radio, Riena Diana.

Kehadiran bulan Ramadan membuka pintu hati pelakon yang popular menerusi watak 'Lailer' dalam drama 'Kampung People' itu untuk mengambil keputusan memakai tudung.

Klik untuk gambar besar



Riena berkata, selain mahu mengumpul pahala di bulan mulia ini dia juga dalam proses untuk belajar dan merasai pengalaman berhijab. Menurut Riena lagi, sejak mengenakan tudung pada hari pertama puasa dia mengakui Ramadan yang dilalui lebih bermakna.

"Jujur macam-macam perasaan bermain di fikiran, tapi apa yang lebih menyeronokkan bila rasa puasa kita lebih bermakna. Lagipun, tahun lalu ada beberapa hari yang saya tidak dapat berpuasa kerana jatuh sakit. Tapi, tahun ini Insha-Allah saya akan berpuasa penuh selain tidak dapat berpuasa kerana keuzuran," tuturnya.

Terdahulu, pada 24 Februari lalu Riena dipilih menjadi penyampai radio baharu di Hot FM, sekali gus melengkapkan trio Geng Pagi Hot (GPH) bersama Fizie dan Mark Adam.


www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Riena Diana

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: