27 April 2021

ISU KOMPAUN ABANG BURGER - CAPRICE MINTA IZIN BUKA TABUNG, MAHU BANTU



"Kalau abg (burger) ni sudi, kami nak tolong buat tabung untuk dia. Kan kerajaan ade hashtag kita jaga kita. Alhamdulillah guys kita dapat contact abe Faisal, kalau esok abe kata ons, Caprice akan buka tabung kitafund / a public tabung untuk bantu settle kompaun RM50k yang dia kene bayar sebelum May 9th (5 hari sebelum raya).

"InsyaAllah! Kita jaga kita. #rapatkansaf2040," itulah kata penyanyi rap, Caprice yang tumpang simpati dengan nasib yang menimpa abang burger.

Caprice telah menghubungi abang burger bertanyakan khabar dan meminta izin untuk membuka tabung derma. Tabung berkenaan bertujuan untuk meringankan beban menyelesaikan jumlah kompaun yang tinggi.

Di Facebook, seorang peniaga burger meluahkan rasa terkilan apabila didakwa dikenakan kompaun sehingga RM50,000. Wan Mohd Faisal Wan Kadir yang menjalankan perniagaan di hadapan rumah dipercayai didenda bagi kesalahan berniaga melebihi waktu yang ditetapkan.

Klik untuk gambar besar



"Kita dekat sosial media ada satu soalan sahaja, kenapa bila berlaku dekat orang biasa, on the spot terus kena kompaun? Tetapi bila berlaku kepada orang kaya ke, orang ada nama ke, VVIP ke kena siasat dulu?" ujarnya.

Menerusi hantaran tersebut, Caprice berharap abang burger sudi menerima bantuan yang dihulurkannya. Namun, setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada abang burger memberi keizinan atau pun tidak.

Di ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan tindakan pantas Caprice menghulurkan bantuan. Begitupun, ada yang mencadangkan supaya rayuan dibuat untuk mengurangkan jumlah kompaun terlebih dahulu.







www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara & Instagram Caprice 

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: