09 April 2021

JANTUNG BENGKAK - RINGGO TERIMA MENANTU SELEPAS SEMINGGU KELUAR HOSPITAL



"Sebanyak tujuh dulang hantaran dengan mas kahwin sebanyak RM5,000 menjadi pelengkap majlis hari ini.

"Rumah menantu dan besan tidak jauh dari kedai saya, Warung Roti Canai Ringgo iaitu hanya 90 meter. Atas dasar cinta mereka, kedua-dua keluarga bersetuju mempercepatkan proses akad nikah,” ujar bekas vokalis kumpulan Arrow, Ringgo, apabila anak sulungnya melangsungkan perkahwinan di Kampung Sungai Petai Pasir Puteh hari ini.

Untuk makluman, Ringgo baru sahaja keluar dari Hospital Tengku Anis (HTA) enam hari lalu selepas mengalami kesukaran untuk bernafas dan disahkan menghidap jantung bengkak dan berair.

"Saya amat gembira apabila anak lelaki saya Nur Muhammad, 24, dapat mendirikan rumah tangga bersama gadis pilihan hati, Nur Amalina Fadzullah, 19.

"Majlis akad nikah diadakan secara sederhana dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di Masjid Mukum Pulau Lim pagi tadi. Majlis perkahwinan akan diadakan di rumah pengantin perempuan," kongsi Ringgo, atau nama sebenarnya, Mohd. Zain Ramli, 51.

Klik untuk gambar besar



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: