12 April 2021

MILA & KELUARGA KEMALANGAN: "PELANGGAR BAWA LAJU MACAM NAK PERGI PERANG"



"Kena langgar semalam (kelmarin). Si pelanggar bawa laju macam nak pergi perang. Nasib baiklah si pelanggar baik budi pekerti. Saya dan suami maafkan dia. Tidak sengaja sebab nak cepat untuk makan malam dengan keluarga.

"Alhamdulillah, Allah lindung saya dan keluarga. Buat semua yang memandu, hati-hati lah ya. Bahaya bawak laju laju," demikian tulis penyanyi dan juga usahawan, Mila Jirin yang memaklumkan dia dan keluarga telah terlibat dalam satu kemalangan di mana kereta yang dinaiki telah dilanggar oleh sebuah kenderaan lain.

Perkara tersebut dikongsikan penyanyi lagu 'Persis Mutiara' ini menerusi sebuah hantaran di laman Instagram miliknya untuk tatapan para peminat serta pengikut media sosialnya.

Klik untuk gambar besar



Mila atau nama sebenarnya Norsyarmilla Jirin berkata sisi pintu penumpang bahagian belakang telah mengalami calar teruk akibat kemalangan itu.

Dia dalam pada itu turut memanjatkan kesyukuran kerana tidak mengalami sebarang kecedaraan serius dan masih dilindungi Allah S.W.T. Mila juga sempat menasihatkan orang ramai di luar sana agar sentiasa berhati-hati memandu dan tidak membawa kenderaan dengan laju.


www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara & Instagram Mila Jirin

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: