12 April 2021

TAMPIL 'BERBERZA' - PEMINAT SPEKULASI ELFIRA LOY HAMIL ANAK KEDUA?



Pelakon dan juga personaliti TV, Didie Alias baru-baru ini menerusi laman Instagram telah berkongsikan sebuah foto bersama rakan selebriti iaitu Elfira Loy yang baru sahaja menjalani penggambaran rakaman khas sempena hari raya iaitu Melodi Raya.

Melihat pada entri tersebut, juri program nyanyian Famili Duo itu menulis bahawa dia sudah lama tidak ketemu Elfira Loy sejak pelakon wanita itu melahirkan anak pertamanya, Muhammad Rayyan.

"Lama tak jumpa anak mummy nie @elfiraloy. Lepas kahwin dah beranak sampai anak dah jalan baru terjumpa, tetap comey je. Korang mesti ingat gandingan mummy dengan die, cite ape ekkk," tulis Didie.

Klik untuk gambar besar



Namun, yang lebih menarik perhatian peminat adalah penampilan terkini Elfira yang kelihatan sedikit berisi dan seperti sedang berbadan dua. Malah, ada juga yang tampil membuat spekulasi bahawa pelakon drama 'Cik Paris Diva Kampung' itu kini sedang hamil anak kedua.

Namun, sehingga ke saat ini ibu kepada seorang cahaya mata lelaki dan juga usahawan sambal itu masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai dakwaan yang dilontarkan peminat kepada dirinya itu.




www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara & Instagram Elfira Loy

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: