12 April 2021

AINA ABDUL MUNCUL DENGAN LAGU 'SEPI' VERSI KOREA, SEDIA TERIMA KRITIKAN



"Saya tak takut.. sebab bagi saya lagu Korea pun ada selit bahasa Inggeris yang tak la begitu sempurna juga.. Tapi kita semua terima sebab mereka jujur. Saya sendiri peminat korea, semua lagu korea.

"Saya pun sudah kumpul peminat dari negara itu yang selalu beri reaksi kepada lagu cover saya dan sekarang saya nak buat sesuatu untuk mereka," itulah kata penyanyi Aina Abdul yang kini muncul dengan lagu hits nyanyiannya iaitu 'Sepi' dalam versi bahasa Korea.

Mengakui dirinya juga amat meminat muzik genre daripada luar negara itu, Aina berkata dia kini sudah mempunyai peminat K-Pop tersendiri.

Hanya ingin menghargai peminat, Aina juga menjelaskan bahawa dia tidak bimbang mengenai kritikan yang bakal dihadapinya berkaitan cara sebutan bahasa korea yang betul, terutamanya daripada peminat K-Pop. Ujar Aina lagi, dia sudah bersedia untuk mempelajari bahasa asing itu dengan lebih baik dan fasih.

Klik untuk gambar besar






www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Aina Abdul

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: