12 April 2021

'BODY SHAMING', DIKATA 'LAPAR' PERHATIAN - NADIA BRIAN BENGANG



Pelakon Nadia Brian sebelum ini meminta semua pihak tidak lagi mencantumkan gambarnya dengan bekas suaminya, Mu’izz Nasruddin dalam apa sahaja artikel dan tidak mahu dikaitkan lagi.

Terbaru, menerusi Insta Story, Nadia seolah bengang apabila menerima banyak komen body shaming. Menerusi perkongsian itu, Nadia turut memuat naik paparan skrin komen netizen tersebut.

Nadia turut bertanyakan perlukah dia membuat laporan kerana ia sudah menjadi kes body shaming. Dalam pada itu, Nadia turut memberi respon terhadap satu komen netizen yang mengatakan dirinya seolah mahu meraih perhatian.

Klik untuk gambar besar



Pelakon itu tidak mengetahui apa masalah individu berkenaan sedangkan dia langsung tidak mengenalinya. Tidak mudah melatah, Nadia meluahkan rasa syukur dengan rupa paras yang dikurniakan Tuhan.

"Patut buat report ke tak? Dah kes body shaming dah ni. Yang seorang lagi dah kenapa ek? I cantik ke tak kau sakit ke? Kenal kau pun tidak. Ke kau yang gila perhatian. Cantik rupa paras adalah kurniaan Allah SWT. Bersyukur, thank u Allah," tulisnya.

Terdahulu, netizen mempersoalkan Nadia apabila dia dilihat keluar berjalan-jalan walaupun dikatakan masih dalam tempoh 'iddah' selepas bercerai. Bagaimanapun, Nadia menepis tuduhan tersebut serta mengatakan dia keluar atas urusan kerja bukan untuk berhibur.




www.myartis.com / Sumber & foto: Cari Forum & Instagram Nadia Brian

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: