12 April 2021

NONNY MUAT NAIK VIDEO 'BURUNG MERPATI' TIMBUL TANDA TANYA



Sebelum ini nama Nonny Nadirah hangat diperkatakan selepas mencetuskan kerisauan dari banyak pihak seperti rakan-rakan selebritinya apabila beliau dengan secara tiba-tiba memuat naik video wanita berpakaian seksi di ruangan feed Instagram nya.

Bukan itu saja, setelah memadam video berpakaian seksi tersebut Nonny sekali lagi mencetuskan kerisauan dari pelbagai pihak apabila beliau memuatnaik foto wanita yang sedang berkemban di dalam tong yang berwarna merah.

Terkini, bekas peserta Akademi Fantasia musim kelima (AF5) telah berkongsikan video di Insta stories mengenakan pareo berwarna merah dan cardigan putih sambil memegang burung merpati putih 2 hari sebelum menyambut bulan Ramadhan. Video tersebut nampaknya telah menimbulkan tanda tanya kepada netizen.

Melihat pada video pendek itu, Nonny juga menulis sesuatu yang ringkas iaitu 'tc' yang bermaksud take care ataupun dalam bahasa melayu adalah 'jaga diri'.

Hingga ke hari ini, semua pihak masih gagal menghubungi Nonny untuk memberikan penjelasan dengan lebih terperinci.


www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: