12 April 2021

GILIRAN REMY ISHAK PULA TERIMA KEJUTAN HARI LAHIR DARIPADA BEKAS TUNANG



"Susah tau nak buat Surprise Remy ni. Berpeloh! Thank you @azam_mansormc for this video. Pinjam majlis orang, pinjam Emcee majlis orang sekali," tulis bekas tunang Remy Ishak iaitu Ezza Yusof apabila gilirannya pula melakukan surprise ulang tahun ke-39 buat pelakon itu.

Sebelum ini, Remy membuat kejutan hari lahir untuk bekas tunangnya sehingga tular di media sosial. Sekitar sambutan birthday Remy itu dikongsikan Ezza menerusi laman Instagramnya dengan menyertakan kapsyen memaklumkan sangat sukar untuk membuat seorang Remy Ishak terkejut.

Meliht pada video tersebut, dapat dilihat Ezza membawa kek masuk ke dalam sebuah majlis perkahwinan sahabat mereka sambil diiringi nyanyian daripada rakan-rakan yang hadir. Masing-masing begitu teruja kerana Remy mengakui sendiri bahawa dia begitu terkejut kerana jarang meraikan hari lahir.

Klik untuk gambar besar



Sehubungan dengan perkongsian itu, rata-rata warganet turut sama mengucapkan selamat hari lahir buat pelakon drama Pujaan Hati Kanda' itu dan juga sempat mendoakan agar jodoh Remy dan bekas tunangnya kembali bertaut selepas terlihat kerap bersama kebelakangan ini.

Untuk makluman, Remy pernah bertunang dengan Ezza yang juga seorang usahawan pada Mei 2017 sebelum masing-masing memilih untuk memutuskan pertunangan pada Mac 2019.

Namun begitu, hubungan mereka dilihat masih baik dan sejak kebelakangan ini semakin kerap berada dalam circle yang sama dan saling menyambut hari ulang tahun kelahiran bersama.










www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Oh My Media, Oh Bulan & Instagram Ezza Yusof

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: