"Hari ini (kelmarin) genap sebulan sebagai suami isteri. Saya berasa sungguh bertuah memiliki awak sebagai suami saya. Saya isteri yang sangat gembira. Hari ini, suami cakap nak bawa pergi dating makan sedap-sedap. Tak sabar. Okey nak pergi bersiap dulu," tulis pelakon Risteena Munim.
Menerusi laman Instagram, Risteena memuat naik foto romantisnya bersama suami, pelakon Isa Khan sempena genap sebulan perkahwinan mereka kelmarin.
Bagi meraikan hari istimewa itu, Risteena berkata Isa membawanya keluar dating sambil menikmati makanan yang sedap-sedap. Lebih manis, Risteena turut meluahkan rasa bertuah kerana memiliki Isa sebagai suaminya dan dia gembira bergelar isteri.
Klik untuk gambar besar
Perkongsian Risteena itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengikutnya yang mendoakan agar hubungan pasangan itu kekal bahagia. Sementara itu, adiknya iaitu pelakon Ruhainies turut meninggalkan komen nakal mengusik kakaknya.
"Hari itu sehari, lepas itu seminggu, lepas itu sebulan, lepas itu dua bulan, lepas itu tiga bulan, lepas itu empat bulan. Masuk tujuh bulan saya nak block (sekat akaun)," usik Ruhainies.
Untuk makluman, Risteena dan Isa Khan mendirikan rumah tangga pada 12 Mac lalu dalam satu majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.
www.myartis.com / Sumber & foto: Kosmo, Instagram Risteena Munim & Isa Khan
________________________

No comments:
Post a Comment