28 April 2021

SEKITAR MAJLIS AQIQAH, MAULID & TAHNIK ANAK KEDUA SITI NURHALIZA



"Alhamdulillah, majlis aqiqah, maulid dan tahnik telah berlangsung penuh sederhana tetapi memberi erti yang besar buat kami sekeluarga. Alhamdulillah, rezeki anaknda Muhammad Afwa, kerana telah mendapat doa-doa dan juga ditahnik oleh YBhg. Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Ustaz Don Daniyal, Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Iqbal serta imam masjid Bukit Mulia. @drzulkifli.albakri @ddaniyaldbiyajid @uaioriginal @ustaziqbalzain.

"Terima kasih di atas sekian banyaknya doa yang telah kami dan anakanda kami terima daripada orang ramai, tidak ada lafaz terindah pada bulan penuh keberkatan ini, selain saya berharap agar Allah selalu mengikat hati kita semua dalam kebaikan bersilaturahim, meningkatkan amal kebajikan dan memperbanyakkan lagi amalan.

"Terima kasih kepada kaum keluarga terdekat yang menyantuni majlis sederhana buat anakanda Muhammad Afwa semalam," demikian kapsyen pada gambar-gambar serta video sekitar majlis aqiqah, maulid dan tahnik anak kedua penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang berlangsung seminggu selepas kelahiran dengan diadakan secara sederhana tetapi meriah di kediamannya itu semalam.

Klik untuk gambar besar



Siti berkongsi momen indah majlis anak lelakinya, Muhammad Afwa Khalid menerusi laman Instagram miliknya. Dalam entri tersebut, Siti turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak terlibat dalam tersebut.

Meninjau ke ruangan komen, para peminat serta rakan selebriti turut sama mendoakan kesejahteraan bayi yang baru dilahirkan itu semoga membesar sebagai anak soleh. Malah, tidak kurang yang turut memuji penampilan penyanyi lagu 'Anta Permana' itu yang serba ringkas dan kekal menawan meski masih dalam tempoh pantang.



"Relax je tokti. Baju pun xsedondon beria2.. cantik dan simple" - "Cantiknya tokti.. idol saya sejak dari mula dia jadi penyanyi.. seorg Artis yg sopan dan very humble.. semoga Allah selalu berikan rezeki utk dato siti. AMINN" - "Comel sungguh TokTi," antara-antara komen peminat Siti.

Siti selamat melahirkan anak kedua, Muhammad Afwa pada 19 April lalu menerusi kaedah pembedahan di sebuah pusat perubatan di Selangor. Untuk makluman, Siti dan suaminya iaitu Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa telah berkahwin pada 21 Ogos 2006. Cahaya mata pertama pasangan ini bernama Siti Aafiyah yang kini berusia tiga tahun dimana ia juga menerusi proses IVF.

















































































www.myartis.com / Sumber: Instagram Siti Nurhaliza

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: