12 April 2021

SEMPENA RAMADAN - NORA DANISH BERAZAM ULANG LAGI KHATAM AL-QURAN



"Bagi saya macam mana buruk pun kita, Ramadan adalah masa untuk kita dekatkan diri dengan Allah. Masa bulan Ramadan inilah yang kami selebriti ada, selalu kami sibuk dengan kerja masing-masing.

"Tahun lepas, saya berjaya khatam Al-Quran buat kali pertama dalam seumur hidup dan tahun ini saya berazam dapat ulang lagi benda sama untuk tahun ini," itulah kata pelakon Nora Danish yang menyimpan niat untuk khatam Al-Quran pada bulan puasa tahun ini, selepas berjaya melakukan perkara sama tahun lalu.

Nora berkata dia memanfaatkan bulan Ramadan dengan baik untuk mendekatkan diri dengan Allah memandangkan mempunyai kelapangan waktu. Dalam pada itu, Nora berkata tahun ini dia mahu memanggil seorang ustazah bagi memantau bacaannya agar apa yang dibaca betul dan jelas.

Klik untuk gambar besar



"Kalau tahun lalu saya khatam Al-Quran dengan berpandukan digital pen, kali ini saya akan panggil ustazah untuk pantau bacaan agar apa yang saya baca itu betul dan jelas.

"Saya sentiasa berdoa agar Allah bukakan hati saya untuk habiskan bacaan Al-Quran dan itu yang saya menangis bila dapat capai perkara itu tahun lalu. Suami pun menangis sebab dia tahu saya bersungguh-sungguh (nak khatam Al-Quran) tapi tidaklah sampai saya abaikan keluarga," ujarnya.




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Nora Danish

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: