12 April 2021

ISU PERKAHWINAN KEDUA SERINA - CHEF WAN HAMPIR SAKIT JANTUNG FIKIRKANNYA



"Doctor... My daughter said "Why papa aib kan kami? My husband nanti jika kena tindakan tatatertib atau di buang kerja mcm mana? Malu parent in law because of this."

"Adoi Dr. tolong check hati saya sakit dan sedeh. Bukan dia ingat hati bapak dia yang di tipu dik laki bini. Kita mendapat malu. Yang nitizen tak tahu hujung pangkal pulak maki hamun kita tak tentu pasal mau pun all her friends that sided both their perbuatan.

"Kenapa tak fikir 1000x nak buat Rina sebelum semua ini berlaku? Semlm new isteri tua mengaku mereka kawin sebelum dia di cerai kan. Kantoi lagi. Biar la orang tahu cerita sejujur jujurnya agar bapak kau ni tak jadi mangsa di maki hamun oleh orang. Berani kerana benar Rina.

Klik untuk gambar besar



"My heart is beating so fast 2 nights ago hearing the new Doc. I swear to u I was going to have a heart attack as I felt suffocated. I stopped reading all the comments on my IG.

"Swollowed by sleeping pills to shut my stress mind and heart away from all this problem. Just as well Dr I had scheduled my annual medical check up today at the Gleneagle hospital plus my covid test again for the 3rd time.

"Lets do a thorough check up Dr why i felt my heart suddenly lacked of air and feeling tight breathing. Dia lebih penting kan hati dia, suami dan in law," demikian tulis cef selebriti terkenal, Datuk Chef Wan menerusi laman Instagram miliknya.



Sejak beberapa hari lalu, hangat diperkatakan mengenai penikahan kedua pelakon Serina Redzuawan dengan seorang pegawai polis berpangkat inspektor dikenali sebagai Meor Muhammad Aidid Meor Jamaluddin.

Lebih mengejutkan, bekas isteri Aidid mendakwa pasangan tersebut sudah bernikah ketika mereka masih lagi suami isteri yang sah. Pendedahan daripada bekas isteri Aidid itu sekaligus membuatkan Chef wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuawan Ismail 'sakit jantung' dengan isu anaknya itu.

Dalam status tersebut, Chef Wan berkata sudah dua malam beliau mengalami masalah jantung berdegup kencang kerana masalah-masalah tersebut. Katanya lagi, lebih membuatkannya 'sesak' apabila netizen menyerangnya tanpa mengetahui hal sebenar.



Chef Wan berkata dia terpaksa bertemu doktor dan mengakui hampir terkena serangan jantung dan sesak nafas kerana hal itu. Tambah Chef Wan, beliau juga terpaksa mengambil pil tidur bagi membantu menenangkan mindanya yang tertekan kerana permasalahan tersebut.

Semalam, bekas isteri Aidid dikenali sebagai Nur Hamizah Shaffee mendakwa mereka masih lagi suami isteri ketika Serina dan Aidid mendirikan rumah tangga.

Hamizah yang juga seorang pensyarah turut menyangkal dakwaan Serina sebelum ini mengatakan bahawa Aidid berstatus duda ketika mereka bernikah. Hamizah berkata dia diceraikan Aidid pada 9 Mac lalu dan mendakwa pasangan itu berkahwin pada bulan Februari.








www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Instagram Chef Wan & Serina Redzuawan

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: